Pages - Menu

Sunday 20 December 2009

Hadis Rukun islam siri 1

عَنْ أبي عبد الرحمن عبد الله بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الإِْسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاَةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ
[متفق عليه]


Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar r.a, berkata, "Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Islam itu didirikan atas lima (dasar): Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahwasanya Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah dan puasa di bulan Ramadan.'" [Disepakati oleh Imam Bukhari dan Muslim]

Huraian hadis

Hadis ini juga menerangkan tentang rukun lslam yang terdiri dariapda lima perkara. Hadis ini juga mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh. lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna
kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.

1. Dua Kalimah Syahadah

Syahadah merupakan penyaksian dan pengakuan yang membezakan antara muslin dan bukan muslim.Penyaksiaan ini dilakukan dengan lisan,sedangkan hati menyakini dan mempercayai apa yang dilafazkan. Ia mesti diselarikan dengan amalan anggota badan.

penyaksiaan seorang muslim ini menggabungkan antara iktikadnya terhadap keEsaan Allah Taala dan kerasulan Nabi Muhammad SAW.Jika kita selami makna tersirat di dalam kalimah pertama iaitu: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ terkandung makna-makna berikut:

* Keagungan Allah
* Hayat dan kuasa Allah
* Ilmu Allah
* Kehendak Allah
* Pendengaran dan penglihatan Allah
* Percakapan Allah
* Perbuatan Allah

manakala kalimah kedua iaitu: مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ mengandungi makna pengakuan kenabian dan kerasulan nabi Muhammad SAW setelah penganut agama kristian dan nasrani enggan mengaku kenabian baginda. Selain itu, penyaksian tersebut turut membenarkan apa yang berkaitan dengan baginda SAW seperti mukjizatnya, sunnah atau hadisnya dan sebagainya.

Kedua-dua pengakuan dan penyaksian ini saling terikat di antara satu sama lain. Tidak sah syahadah seseorang muslim sekiranya dia hanya menerima penyaksian yang pertama (pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH) lalu ia menafikan penyaksian yang kedua iaitu pengakuan bahawa Muhammad adalah Pesuruh ALLAH. Kerana Nabi Muhammad adalah rasul terakhir yang telah diutuskan ALLAH Azza wa Jalla untuk menyampaikan risalah tauhid supaya umat manusia seluruhnya menerima lalu menyatakan bahawa TUHAN yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya hanyalah ALLAH S.W.T. Firman Allah:

قُلۡ يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنِّى رَسُولُ ٱللَّهِ إِلَيۡڪُمۡ جَمِيعًا ٱلَّذِى لَهُ ۥ مُلۡكُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ يُحۡىِۦ وَيُمِيتُ‌ۖ فَـَٔامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِ ٱلنَّبِىِّ ٱلۡأُمِّىِّ ٱلَّذِى يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَڪَلِمَـٰتِهِۦ وَٱتَّبِعُوهُ لَعَلَّڪُمۡ تَهۡتَدُونَ

Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah kepada kamu semuanya, (di utus oleh Allah) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, Nabi yang Ummi yang beriman kepada Allah dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya) dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayat petunjuk.


Begitulah sebaliknya, tidak sah syahadah seseorang itu sekiranya dia hanya menerima penyaksian yang kedua tetapi tidak mengakui penyaksian yang pertama. Menafikan salah satu daripada keduanya bererti menolak kedua-duanya sekali. Sekiranya kita menolak pengakuan yang pertama, bahawa tiada tuhan melainkan ALLAH lalu kita menyerupai penganut agama Kristian yang mengatakan tuhan itu tiga (trinity) atau penganut agama-agama lain yang mempercayai tuhan yang berbilang-bilang (polytheisme) atau golongan yang menolak kewujudan tuhan sama sekali (atheisme) . Manakala sekiranya kita hanya menerima ketuhanan ALLAH akan tetapi menolak kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, maka seakan-akan kita menjadi seperti golongan Yahudi yang beriman kepada Tuhan Yang Satu –iaitu TUHAN kepada Nabi Musa a.s (yang disebut sebagai Eloah atau Elohim) akan tetapi yang mereka menolak kenabian Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sekali gus. Firman ALLAH S.W.T:

ءَامَنَ ٱلرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيۡهِ مِن رَّبِّهِۦ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۚ كُلٌّ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ لَا نُفَرِّقُ بَيۡنَ أَحَدٍ۬ مِّن رُّسُلِهِۦ‌ۚ وَقَالُواْ سَمِعۡنَا وَأَطَعۡنَا‌ۖ غُفۡرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيۡكَ ٱلۡمَصِيرُ

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali.


Kerana itu Dua Kalimah Syahadah adalah bergandingan dari segi makna dan tuntutannya. Kita akan menjelaskan makna dan pengertian kedua-dua lafaz kalimah syahadah ini satu persatu dalam terbitan AL-QALAM yang seterusnya. Insya-ALLAH.

Ini kerana ramai orang yang mengaku diri mereka sebagai muslim, akan tetapi mereka tidak memahami dengan sebenar-benarnya maksud dan tuntutan daripada pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini. Mereka bukan sahaja tidak menunaikan kewajipan dan kefarduan dalam Islam, malah lebih malang lagi mereka mungkin melakukan suatu perbuatan atau mengucapkan suatu perkataan yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah itu lalu menjadi kafir. Maka itu, mereka hanyalah muslim pada nama sahaja akan tetapi dari segi hakikatnya mereka tidak jauh berbeza dengan orang yang tidak menerima pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini